Wednesday 26 June 2013

Czer Juga Akhirnya

Semalam hari cek up fibroid aku di minggu ke-36. So pagi2 kejut hubby & gerak ke hospital Sg. Buloh.
Sampai hospital pukul 8.30am. Amek no dan terus pegi bfast kat kantin dlu sbb cam biasa ... ade lebih 80 org lagi yg menunggu sebelum no aku dipanggil. Makan cepat2 .. 20min da masuk blk ruang tunggu giliran, tapi hampeh masih kene tunggu jugak. Finally pukul 10.40am baru laaaaaaa no dipanggil. 2 jam lebih. Boleh? 

Masuk are O&G, cam biasa amek air kencing, timbang berat & cek tekanan darah. Nurse yg baik2 kat situ cakap arini doc ramai tapi patient xde sbb lambat sgt bhgian no giliran dipanggil. Memang pon ... xsampai 10 minit lepas nurse amek tekanan darah no aku trus dipanggil. Masuk bilik doc, this time jumpa Doc Ahmad. Hubby suka doc tu .. sbb dia slamber. He He ... bila scan, baby still breech. Kedudukan fibroid lak da beralih dr bhgian atas perut ke kanan n sedikit terkebelakang, which is very near to the main blood supply. So ...... czer lah jwb nya. The moment doc tinggalkan aku untuk lap2 perut tu dengan tisu, hubby lompat2 kat hujung kaki aku. Aku sengih tgk dia. Dia cakap suka2 sebab dpt tgk muka baby. Ha ha ha .... lakiku ... org risau pasal kene czer dia suka sgt smpai terlompat2. Ha ha ha ...

Masa kembali duduk kat meja doc, n bila dia explain keadaan fibroid yang truk & besar (12cm), n how my womb will be effected, mata da berair tapi aku bejaya tahan. So kesimpulannya, 6 bulan slepas czer baru lah boleh remove fibroid tu. Another major operation to go thru. Doc ckp mayb pakar dari Hosp Ampang yang akan kene buat sebab my fibroid bukan jenis biasa2 sbb kedudukan nya yg sgt bahaya. 
Takut? Hell yeah! Kuar je dari unit O&G, aku da nangis2. Hubby pujuk2 ckp dia janji akn temankan aku n melawat aku stiap kali time melawat. Sob Sob!

To be honest, aku xtakut sgt psl czer tu ... yg aku takutkan sgt ialah psl fibroid tu. And aku sgt takut memikirkan keadaan perut aku selepas czer tu nnti. Boleh susut n leper balik ke klu xboleh berbengkung cam org bersalin normal. Arghhh ... ngeriii! Xnak buncit. 

So, 10.07.2013 - admit ward 6B
11.07.2013 - Czer

Cantik gak tarikh lahir baby. Know y? Sebab ~ kami bertunang 7.11, kami nikah 7.1, baby akan lahir 11.7. Nice rite?

Semoga segalanya lancar & membahagiakan. Amin.

Monday 24 June 2013

Who Says I Hate Monday?

Finally, its Monday. Huh .. lega. Punya la aku bosan 2 hari weekend duduk rumah bertemankan Ipad mini, Note & Internet sahaja. Hubby bz gler sepanjang 2 hari lepas. Full dengan job. Alhamdulillah rezeki tapi akibatnya bini nye melangut sorang2 la kat rumah tu.

Pastu mati2 aku ingatkan harini 25hb June ~ tarikh appointment fibroid aku. Nasib baik semalam sedar yang arini baru 24hb, n sgt bernasib baik sebab esok hubby blom ada apa2 booking job, so dia boleh temankan. Kalau la dia ada job & xboleh temankan sebab aku salah date confirm aku nangis guling2 meraung2. hahahaha .... Yelah, aku xnk kene sound dengan doc lagi bila pegi sorang2.As if hubby langsung xpeduli lak dengan aku & anak. Padahal keje laki aku tu memang camtu .. payahhhh. Ni pon, aku da 36mgu ... tapi Khamis smpai Sabtu ni dia outstation. Xkan aku nk ckp xboleh pegi ... rezeki tu. 3hr = RM1500.00 nett. Rugi nya kalau tolak. Lagipon aku masih boleh drive slow2 walau kadang2 rasa senak2 & xselesa bila baby ngamuk guling2 dalam perut ni.

Punya malas nk keje arini. Aku cuma exited nk g opis arini sebab aku da bosan gila duduk rumah teperap 2hr. Ha ha ha .... Skurang2 nya kalau kat opis ni bole aku aku keje sambil2 mentenet. Xlah semata2 mengharapkan mentenet sambil tebaring tuk hilangkan bosan.

Masih ada few things yang masih blom buat & da sangat2 patut aku setelkan sebelum baby menjengah dunia. Baby's bag da siap. Tp mummy's bag langsung tidak. Beg nya pon masih blom ada.
Antara brg yang masih belom beli :-

1. Stokin (da bebuih mulut reschedule ngn hubby minta bwkkan ke Camel One Utama tp msh lom dpt   
    pegi)
2. Minyak Yu Yee Cap Limau (Asal beli brg baby je mesti lupa natang ni)
3. Barut baby (ntah mana nk cari?)
4. Beg Mummy (ada ke hubby cakap sumbat masuk luggage je brg mummy & baby. Org nk msk spital la
    bukan nk balik kg!)

Lain2 rasanya semua da complete. Harap2 lepas cek up esok xpenat sgt & larat kuar cari semua brg2 ni.

Tuesday 18 June 2013

Breech at 35 Weeks

Tengahari semalam cek up baby untuk week 35. So, mcm biasa, half day keje 12.30pm cabut blk rumah, amek hubby then pegi makan n trus ke Klinik Kesihatan Sg. Buloh. Punya lah lama prosedur semalam. Pukul 1.30pm da amek nombor giliran, pastu cam biasa amek tekanan darah, timbang berat, amek darah, amek air kencing, pastu menunggu depan bilik doctor yang punyalaaaaaaaaa lama. Tunggu nk jumpa doc dr pukul 1.55pm smpai lah 4pm baru dipanggil masuk bilik doc.

The moment doc start scanning, perkataan pertama yg keluar dari mulut dia ialah "Opps ... " Dan aku terus tya "what is that opps suppose to mean?" Dia kemudian explain yang kepala baby masih songsang. kepala masih berada di atas betul2 bawah dada aku. Doc pesan jgn urut takut jadi apa2 komplikasi since i have fibroid. Doc pesan suruh banyak berckp dengan baby & pujuk dia suruh pusing. She gave me 2 weeks to do that, and kalau after 2 weeks baby masih breech, nampak gayanya memang kene schedule untuk czer lah.

Alahai ... remuk rasa hati semalam. Tapi bila cakap dengan hubby, dia macam ok jer klu kene czer. Dia asyik ckp pasal his officemate, Yanna & Nadya yang czer n dah kembali bekerja. Aku je yang rasa down sesangat sebab these past few months i've been thinking that i can deffinitely deliver vaginally & has set my mind into it n been reading a lot ... i mean really2 a lot about normal delivery. Tapi  tiba2 ... bangggg ... masih xpasti czer atau normal. Owh ... sgt2 mendukacitakan. 

So since ptg smlm smpai lah ke malam ... aku baca everything tentang breech baby. 


Pastu hubby and i keep talking to the baby asking him to turn. Hubby plak demam mlm tadi. Pukul 10 dia da ajak masuk tido. Masa hubby da dengkur pelan2 mata aku masih wide awake. Masih cakap dengan baby pelan2 minta dia tolong pusing. Baby macam faham .. n sepanjang malam aku dapat rasa dia begerak2 kiri kanan dalam perut. Dan aku memang xlena tidur sbb pergerakan2 tu. Ada masa menitis air mata bila fikirkan kesungguhan baby untuk tolong mummy. Dan dalam keheningan malam tu jugak ... aku rasa aku reda andai ditakdirkan aku bersalin secara czer. Masa tu aku rasa mcm nk ckp kat baby kuat2, xpayah lah pusing lagi syg klu xboleh ... mummy tau ruang da sempit. Klu baby xboleh pusing pon xper .. mummy da reda. Sepanjang mengandung selama lebih 34 minggu yang dah berlalu baby xbanyak susahkan mummy pon ... so kalau Allah nk duga mummy sikit camni pon xkn la mummy xboleh nk trima n reda kan.

Siang ni aku rasa lebih lega, lebih tenang. Betul lah ckp orang, the more we accept the situation, the more serene we are. C'mon baby, we'll be just fine. 
Tak sabar tunggu 25th June 2013 ~ next Tuesday untuk fibroid check-up. Apapun yg doc cakap at that time ... i'm ready. Bring it on. :-)

Thursday 13 June 2013

Power Bank Biru Ku

Finally, sampai jugak yg ditunggu. Myimart memang menepati janji delivery within 72 hours from your online purchase id comfirm. Lovin it. Hubby geram jer bila aku sent pic kat dia. He he .. sebab hari tu dia da beli 1 powerbank jugak, tapi cuma 7500mah dengan harga RM150 sekali dengan socket n few pins. Tapiii ... cuma boleh caj 1½x jer pastu kiok. Geram punye pasal aku order lah online ... sebab exited tengok ade warranty 1 tahun. Lagipun cuma RM105.00. Aku pikir, kalau diorg berani warrant tuk 1 tahun mesti produk tu ok kan? Harap2 xtertipu lagi lah. Kalau x mampus aku kene gelak ngn hubby jugak nanti. He .. He ...

Actual product yg sampai jap tadi. Box dia pon da comel giler. Bila bukak kotak ... betambah2 lah comel ~ Power bank 30,000mah.


Ni dua pic dari myimart yg wat aku droooling trus. Jatuh cinta dengan kaler biru yg sweet tu. 

Petang ni In Syaa Allah ade lagi 1 barang yang akan sampai. Exited bukan main dr semalam tunggu. Nt akan diupdate lagi. Tungguuuuuuu .....



Tuesday 11 June 2013

Implan / IUD / Jab


Harini dalam kebosanan sebab xbanyak kerja, aku search2 tentang perancangan keluarga ~ macamana nk jarakkan kehamilan lepas bersalin nanti. Come accross this article from  http://drlinaaestheticblog-timeless.blogspot.com/2012/02/perancangan-keluarga.html. Aku copy paste kat sini supaya senang aku rujuk di masa depan :-)
 
 
Perancangan Keluarga
Perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai. Perancangan keluarga perlu untuk menjarakkan anak, supaya ibu dapat pulih sepenuhnya.Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Sekiranya ujian air kencing menunjukkan hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.
Berikut, merupakan antara kaedah yang kerap digunakan.Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.
IMPLAN (IMPLANON)
Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.
Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.
Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.
Bagaimana implan dipasang?
Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan. Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Anda boleh membuka balutan selepas 24 jam. Kebiasaannya, implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.
Kesan sampingan implan
Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. Implan akanmempengaruhi kitaran haid; kitaran haid tidak menentu atau tiada haid.
Pengeluaran implan
Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.
Sekiranya anda ingin hamil semula, implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas satu bulan.
Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.
Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.
IUCD Multiload Cu250 atau Cu375
IUCD atau "intrauterine contraceptive device" ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.
Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid. Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.
Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala
Prosedur memasukkan IUCD
Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akanmengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akanmemotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.
Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal
Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)
Prosedur mengeluarkan IUCD
Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor. Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.
Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akandikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.
Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.
IUCD Mirena
IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.
PIL PERANCANG NORIDAY
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.
Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.
Cara pengambilan pil Noriday
Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.
Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang samasetiap hari. Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.
Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan cara alternatif selama 14 hari.
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.
Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.
SUNTIKAN DEPO
Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo. Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya. Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.
Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.
Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.
Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:
o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.
PIL PERANCANG KOMBINASI
Ini merupakan cara yang efektif dan 'reversible', boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Namun, pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.
Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.
Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin
Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:
1) merokok
2)penyakit kencing manis
3)penyakit darah tinggi
4)pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya
5)penyakit hati
6)migraine
7)pernah mengalami darah beku dalam salur darah
8)pernah mengalami kanser payudara
9)mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut
Sekiranya anda menggunakan pil perancang, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda. Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor. Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.
Cara-cara lain yang tidak kekal:
1)Kondom lelaki atau wanita
2)Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma
3)Vaginal ring mengandungi hormon
4)Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu
Cara-cara lain yang kekal:
1)"Bilateral tubal ligation" iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong
2)"Vasectomy" bagi kaum lelaki
*Perbezaan harga:
Kondom: Rm1-2 x 12 = Rm12-Rm24 sebulan
Pil perancang: Rm10-Rm60 sebulan bergantung pada jenis pil
Suntikan depo: Rm45 setiap 3 bulan iaitu Rm15 sebulan
IUCD Cu250: Rm130 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm3.60 sebulan
(IUCD Mirena lebih mahal)
Implanon: Rm535 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm14 sebulan
*Harga hanya anggaran sahaja, bergantung pada ketetapan klinik masing-masing.
Pilihan bergantung pada anda. Marilah kita sama-sama membendung pembuangan bayi yang tidak bersalah. Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab dan rancanglah keluarga anda mengikut kemampuan anda. Jadikanlah setiap anak itu anak yang diingini.

Heavily Pregnant Me ~ 34 weeks

 Panjang dah rambut. Lama xlepas rambut .. sebab asyik panas. Xperlah, tgu lepas pantang nnti
kompom aku kasi cantas & rebond.


Berat ... payah nk gerak. semua ada. Sebabnya? This pics explains everything :-) Tapi alhamdulillah ... aku masih mampu kuar bekerja. Masih mampu drive kereta sndiri pegi keje ... xde choice. Hubby payah nk tolerate pasal ni. Adakala mmg sedih gak bila kawan2 opis asyik tanya "y r u still driving to work? Nong should've drive u" 
But what to do ... xpelah .. asalkan masih ade kekuatan untuk drive sendiri .. belom nk teberanak lagi pon. He He .. Allah kan ade .. Dia kan selalu looking down on me :-)

Monday 3 June 2013

Baby's Cot - Sweet Corny Corn

Presenting .... my baby's crib.


Ramai yang bertanya kenapa awal sangat pasang. He He ..... sebabnya, sabtu lepas da kemaskan bilik kecik tu. Dah clear abis. Thanks to Wulan & Kak Ela .... and hubby yang tolong pick-up diorg dari rumah abah. He He ... Penat oo mengemas. Dari 8.30am - 3pm baru la siap.

Comel kan? Kaler kuning jagung. Now aku tutup dengan kain besar katil baby ni. Supaya xberhabuk.
Mummy cant wait to c u baby .... cepatlah masa berlalu.

Waffle World + Garden Wedding Wahab

Akibat spending my lazy & beautiful Sunday watching afc channel on astro smentara tunggu baju siap dicuci, aku jadi tringin sesangat nk mkn kek & ice blended drinks. Paham2 jer lah kalau Nigella Lawson & her summer dishes yang semuanya npk yummy ... pastu bersambung plak dengan Anna Olsen yg keje nye memang sentiasa membuat biskut kek & roti yg nampak sgt2 segar & sedap ... huh ... meleleh air liur. 

Cun2 Ulie cakap dia otw datang rumah berdua dengan iman. Terus lah aku ajak pegi 1 Utama cari something for my sweet tooth ni. He he ....

 
 Iman yg bukan main exited tengok menu. Skejap2 dia panggil aku "Aunty2 ... nak ni"

 
Im having a coffe flavoured pancake with vanilla ice-cream while Ulie is having a Strawbery Waffle. Iman exited tengok ice-cream atas waflle .. then bila dia perasan the coffee & strawberry sauce, terus dia tolak pinggan & cakap "geli ah .. geli ah" dan langsung xnak rasa walau sikit pon. hehehehe  ...


This is my drinks ... Mocha Freeze. Ulie cakap anak aku mesti hitam sebab aku kuat minum coklat/coffee & kicap. hehehe .... xla slalu sgt pon. kdg2 jer. 

Belom pon habis makan, hubby msj n tanya kat mana dia da abis job pagi & nak ajak aku singgah kejap ke wedding wahab. kitorang cepat2 abiskan makanan dan terus gerak ke Bandar Manjalara. Exited aku nak tengok wedding dia sebab dia buat kat taman kan. Taman Tasik Manjalara ni actually my 1st choice dulu .. kalau x disini jugak lah majlis resepsi kami dulu. Cumanya aku jatuh cinta dengan Taman Layang-Layang masa aku nak pegi bayar booking tuk taman ni, teruslah venue aku pon bertukar. 

Sampai je kat taman aku nampak wishing tree yang rasa cam kenal .. trus aku tanya hubby "diorg amek Misha Andaman jugak ke ek? Ni mcm pokok masa wedding kita kan?" Dan memang tepat andaian aku, xlama lepas tu aku nmpak kelibat Misha, org kuat yg menjayakan ketiga2 majlis aku dulu dengan jayanya. Sapa2 yg amek khidmat diorg ni memang akan puas hati sangat2 lah. Dijamin 100%. Kata2 aku ni dipersetujui oleh Ayu & Samsul ... majlis diorg bulan Februari aritu pon, Misha Andaman jugak yang uruskan. Servis memang terbaik. 
 
Jom layan few pics kat majlis diorg yang memang comel.
 
 Wahab & bininye yang comel lote ala korean artist

paper lantern comel kat walkway original taman .. sweet sgt

 Suka tau sanding2 gini, tringat time jadi pengantin dulu :-)


 Hubby nampak sangat2 kembangggggggg   ... hehehehehehe .... amek ko yang, tu lah kuat sangat makan nasik. hehe ...






Happy Bday Putri Suhaiza



Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke 35 Put. No matter what ... I still love you. Semoga tercapai segala impian & harapan. Dengan bertambahnya usia, semoga menjadi semakin matang & bahagia selalu. 

Tahun ni mungkin tak berkesempatan raikan ko .. due to unexplained circumstances .. but you know deep down inside that i never failed to remember you. I know that you will never get to read this, cos your deffinitely not an IT savvy like me. hehehe ... but its ok 

One day if you happen to found this blog & you happen to read this ... you'll know that we have always been good friend .. no matter what.