Monday 7 October 2013

Us ~ Then till Now

Throwback ~ zaman bff -> bercinta -> kahwin -> jadi ibu-bapa -> kini

ni masa kami masih bff .. late 2009 kalau x silap

Aug 2010 ~ His birthday .. tgh sakan bercinta

 Sept 2010 - bercuti ke Bandung

 Bertunang ~ 7.11.2010

 Alam pertunangan ~ Pre-wedding photoshoot 

Hari persandingan kami - 7.01.2012

Pengantin baru  .. inai masih di jari lagi

Kami adalah Mummy & Daddy buat anakanda tercinta ~ Aisy Uqail

Kami ~ setelah bergelar mummy & daddy

Moga cinta dan kasih sayang antara kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan membawa ke syurga. Amin. 


Thursday 3 October 2013

2½ months ~ Si Jantung Hati

Aisy Uqail da pandai bersembang sekarang. Daddy selalu mintak Aisy bg laporan setiap hari dan Aisy akan cakap ngan daddy sampai muncung2 mulut dan kembang2 hidung comel dia untuk kuarkn suara. Terhibur betul tengok gelagat Aisy yg sgt comel.

Sedang train Aisy buat aktiviti fav mummy di hari cuti ~ shopping & makan :-)
Ni Aisy kene temankan mummy bfast
Si kacak cinta hati mummy
Aisy dan mama Anne



Tuesday 1 October 2013

Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang selepas melahirkan anak memang sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Tujuannya untuk mengembalikan kesegaran & keadaan bentuk tubuh badan ke keadaan asalnya. So, dari waktu mula2 aku disahkan mengandung, aku dah plan baik punye macamana nak melalui waktu berpantang aku nanti.

Ketika 3 bulan mengandung aku dah google mencari2 confinement lady (CL). Pakej diorg memang  .. mahal2 semuanya. Tapi aku memang dah tau rate para CL so mmg dah ready untuk terpaksa mengorbankan ribuan ringgit untuk berpantang.

Finally, aku pilih Aunty Syikin dr Banting. Rate dia RM140.00 per day. Ambik 15days sahaja sebab xmampu nk byr tuk 30days ~ mahal sangat! Total for 15days = RM2100.00 nett. He He ... cam berat je hubby masa bg kebenaran untuk transfer duit ke ekaun Aunty masa tu.

Bermula la aktiviti berpantang aku dari hari ke-5 selepas melahirkan untuk 15 hari bersama Aunty Syikin. Dia akan datang setiap pagi antara jam 9.30am dan akan pulang selepas selesai semuanya dalam pukul 12.30pm.

Apa yg Aunty Syikin dan assistant dia buat:-


1. Urut satu badan - kecuali bahagian czer Aunty xsentuh
2. Mandikan, urutkan, pakaikan baju, bedungkan dan susukan Aisy - Asst Aunty yg buat
3. Tungku satu badan - kecuali bahagian czer
4. Aunty mandikan aku dengan daun2 herba yg sangat best & menyegarkan. Paling best part shampoo 
    & cuci muka. Memang mcm kat salun. Terbaek :-)
5. Bertangas - berpeluh menitik2 satu badan & memang sedap badan selepas bertangas ni. Aku sangat
    suka bertangas. Selain baik untuk merapatkan kembali kewanitaan, badan memang segar bugar
6. Pakai kapur+limau di perut sebelum pakai bengkung - tujuannya untuk mengempiskan perut &  
    mengecutkan peranakan.
7. Pakai pilis satu badan - untuk memanaskan badan
8. Pakai param di dahi - ni aku xpasti untuk apa, supaya angin xmasuk rasanya
9. Pakai stoking

 Hari pertama bersama CL

Semua Aunty buat hari2 selama 15 hari. Selepas 10hari berpantang, aku da kuat dan mampu tolong2 mak buat keje rumah sikit2 cam cuci pinggan makan sendiri, tolong angkat baju di ampaian dan da boleh jalan laju2. Hi hi ... luka czer menyembuh dengan baik. Selepas 10 hari aku mandi tanpa tutup luka czer dengan plastik lagi, tapi tetap keringkan dengan hair dryer stiap kali selepas mandi.

 bengkung panjang yang aku pakai at least 12 hours a day - bermula hari ke10

 bertangas - me with Aunty Syikin

Hasilnya? Ha ... ni yg best ... berbaloi2 la hubby bayarkan CL, sebab pada hari ke14 berpantang, aku da dapat kembali berat badan seperti sebelum mengandung. Dan berat kini? Kurang 2kg dr berat sebelum mengandung.  Happy sungguh dan sangat2 bangga dengan pencapaian ini. Hi hi ... sampaikan hubby cakap "jangan kurus lagi dah ... camni da ok" :-P So sape2 yang rasa nk badan tip top tak menggeleber dan cergas sihat, amalkan lah berpantang secara tradisional macam aku.

Ramai yang terkejut dan memuji ~ kata mereka aku xnampak macam org baru lepas pantang. Ahaks .. okey, terover! Sila abaikan. Hahahahaha ....

Berat sebelum pregnant - 62.5kg
Berat hari terakhir mengandung - 72.5kg (naik 10kg)
Berat selepas habis berpantang - 60.2kg
Berat hari ini (1.10.2013) - 60.5kg

Yabedabeduuuuuuuu  .....

hari ke-10 ~ perut buncit mcm msh ada baby dlm perut

 hari ke-45 ~ sehari selepas tamat pantang. muat pakai baju raya tahun lepas, tanpa pakai bengkung/korset ni tau. kawan2 cakap macam anak dara balik. ko mampu? ahahahahaha ..........


Sepanjang berpantang juga malah sehingga skrg aku tetap amalkan makan suplement Shaklee dengan tambahan zinc complex yg sgt baik untuk luka dalaman. Aku ikut cakap doctor untuk langsung tidak makan ikan haruan dan pati gamat sebab akan menyebabkan luka dalaman melekat2 dan akn menyukarkan next pregnancy dan sangat bahaya untuk fibroid aku. Alhamdulillah luka baik dengan elok dan parut czer hanyalah 1 garisan halus sepanjang kira2 10cm.

Sebulan selepas bersalin, ialah temujanji untuk review fibroid. Dan kami suami isteri dapat gud news, fibroid telah mengecut dari saiz 12cm  ke 5.5cm dan tidak perlu dibedah dan doctor estimate ia akan terus mengecut ke tahap tidak membimbangkan. Namun ada kemungkinan akan kembali membesar bila aku pregnant sekali lagi, didorong oleh perubahan hormon. Sangat2 lega dan bersyukur.

Note:-
Sape2 yang inginkan khidmat Aunty Syikin boleh call dia kat no ni 011-2322 9541