Friday 25 April 2014

KPJ Ward 207 - Part 2 of 2


3rd & 4th Day - 22.03.2014 & 23.03.2014

Day 3 - lemah je sebab sakit. nk bgun duduk pon satu azab, dr pg pai tghri 2x request painkiller jab.


MIL dan ipar dtg melawat
Fiza Shah & babies pon dtg melawat
When gff melawat .. mmg havoc. nsb la time ni ward mmg tgl aku seorang
sape yg sakit ni weh???
last day ... ulie mahad dan iman melawat. n tolong hantar aku balik jugak .. sebab berjaya check-out that day


Hubby surprisekan Ina .. paprik + ayam grg + nasi panas mmg terbaek bila dimakan beramai2.

Dari jumlah kasut korang da boleh agak betapa meriahnya ward aku kan? Nasib baik doc dtg melawat half an hour selepas semua beredar dan ward telah berjaya dikemas rapi. hehehehehehe ..... Tq guys, korang memang buat aku xrase macam duduk kat hosp .. luv u guys forever

Now lets cuci mata dengan makanan2 yg aku order sepanjang duk sepital. Semuanya sedap2. Mana yg aku xdpt makan sebab tgh operate, atau masa disuruh berpuasa sebelum operate .. habis ditibai oleh hubby. Aduh .. sedeyy hahahaha ... here's some of the pics. Ade jugak yg miss sebab mkn smpai licin pastu lupa nk snap.




Monday 21 April 2014

KPJ Ward 207 - Part 1 of 2


1st Day - 20.03.2014



Room 207~ ok, cantik selesa
Sesudah Check-in. Muka happy jer
Pelawat pertama pada hari pertama - mang & ina

Lepas makan, makan lagi .. sepanjang petang smpai malam makan ajer keje nye 
Mama & Abah datang selepas mama abis keje .. untuk amek aisy

Kak Teh dtg melawat around 10.30pm, malam tu hubby temankan .. selepas blk dr Banting, around 5am


 2nd Day - 21.03.2014

Bebec melawat time lunch hour, tq bebec. Lepas tu ajieb lak dtg melawat. Betambah havoc la bilik. Sampai org katil sebelah minta tukar bilik. hehehehe ....
Pakai heels sebelum masuk OR, sebab tu je kasut yg aku bawak. Korang hade?
Off to OR


Kuar dari OR .. sgt weak dan mamai after 2½ hour surgery. Tapi aisy tetap happy. Apa la yg dia tau :-)

Pelawat semasa aku dalam OR .. Zul on behalf of abg hamdan, sab, meen & abg ghani


Saturday 12 April 2014

9 months ~ 11.4.2014 Demam Plak Dah

Ni aisy malam tadi .. sian dia panas sgt bdn so aku lapkan dengan towel basah. Bibir ti sampai merah menyala akibat kepanasan.
Sempat sengih lepas mandi tghri tadi .. baik aisy ni. Mummy ltk towel basah kat dahi dia xbuang. Dia biarkan je.

Putera kesayangan demam dari malam semalam. So malam tadi aku hanya berjaya tdur max 2jam .. around 5am-7am. Malam ni belum tau lagi nasib aku memandangkan aisy lgsg xnak makan ubat sehingga kini. Bgun pagi2 trus mandikan aisy n siap2 pergi KK. No way aku akan pergi klinik swasta lagi. Serik.

Around 9.35 selesai urusan di KK. Aisy dapat ubat demam, antibiotik dan ubat cairkn kahak. Tiada ubat sesema seperti yg diberi klinik swasta last month.  Aku even tanya doc KK utk kepastian, boleh ke baby 9 months amek ubat sesema and her answer is NO! See .. patut la aisy cirit birit sampai hampir melecet punggung. Serik ke klinik swasta kalau aisy yg sakit. Sanggup aku menunggu sejam di KK .. lagipon KK cuma 10min dr rmh.
Asalkan aisy dapat ubat yg betul.

Siang tadi aisy ok lg. Byk diam di buai .. wlw pon xtdur. Sejak 6pm dia nangis kurang2 sejam direct. Wlw aku dukung aku dodoi aku baringkan semua xkan pernah ok.

Ubat dan susu pon langsung xnk disentuhnya. Mulut ditutup rapat. Tapi kain towel mau pulak dia gigit2. Menangis terus-terusan. Diletak di buai dia berhempas pulas turun. Didukung ke hulu ke hilir dia msh nangis n menggigit2 bahu aku dgn 2 gigi kecilnya, aku dudukkan atau baringkan pula dia memanjat2 aku balik. Tapi bila didukung kembali dia memberontak juga. Aduh ... runsing + stres + penat mental dan fizikal bila semuanya xkena.

Bertambah stres bila nenek membantah semua yg aku nak buat. Nk mandikan aisy xdibagi .. nk lap aisy dgn tuala basah xbagi. Alasannya sian aisy sejuk. Dah ku cakap kene mandikan jugak atau nak biar anak panas sampai kancing gigi dan biru muka, baru dia diam n biarkan aku mandikan aisy. Memang la kesian dia sejuk .. tapi terpaksa la. Bukan sengaja nak melawan cakap dia, tapi itukan satu2nya cara utk menolong menyejukkan badan aisy. Lepas mandi ada la aisy segar sikit n sempat senyum2 main2 skejap sblm kembali merengek. Ok la juga .. dr trus terusan menangis merengek.

Petang tadi waktu hubby balik makan sebelum job petang .. dia ajk aku bawak aisy pusing2 naik kereta sebab biasanya aisy akn ok kalau dalam kereta. Tapi malang xberbau .. eksiden plak dengan kereta seekor keling yg nak keluar dr parking trus reverse tanpa tengok cermin pandang belakang. Dah menjadi satu hal. Sabarrrr aje la.

Moga aisy cepat sembuh .. moga aisy sihat dan kuat sentiasa. Aamiin ya rabbal alamin.


Posted via Blogaway

Tuesday 1 April 2014

Pathology Report - My Fibroid

The report
The bill

Mil dan adik2 ipar

Posted via Blogaway

Ward 207 KPJ Dsara - Fibroid Removal Operation

Day 1 - 20.3.2014 | khamis
2.30pm
Gerak ke hosp dgn nenek & aisy. Akan jumpa daddy di hosp sebab daddy masih belum habis keje d nilai. Melangut di kaunter Admission yg sgt lama  .. registration lama dan tunggu ward clear pon lama.
4.30pm
Check-in ward 207. Cantik selesa. Perut lapar giler. Ina n jiman sampai around 5pm dan bawa aisy n daddy pegi mkn n tapaukn nasi goreng. Mlm tu semua aku makan. Nasi ayam hosp yg sedap, donut 3biji, nasi goreng kampung, dan sate & nasi impit. Malam tu tertidur kekenyangan.
Aisy dibawa blk mama nye ke rawang. 2 mlm aisy tdur d rawang. Trima kasih k.anne sekeluarga  .. jasamu dikenang selamanya.
Teh tiba sekitar 11pm. Seronok bersembang bertiga dengan hubby.
Hubby gerak blk dlm pkl 12am dan kembali semula sekitar 6.30am. Kemudian dia tdur di kerusi sbelah katilku. Kuat dengkuran menandakan kepenatannya.
Day 2 - 21.3.2014 l Jumaat
Sekitar 6.30am seorang nurse dtg dan memberitahu aku disuruh doc Siva utk tidak mengambil sarapan, perlu mula berpuasa. Aku sdikit keliru sebab semalam Doc. Wan ckp bole mkn bfast lepas tu baru mula puasa. Tapi aku ikutkn arahan. Mungkin operation akan dicepatkan, pikirku dlm hati. Jd aku abaikan sarapan n lunch yg akhirrnya dimakan hubby. Hanya tonton tv dan main wasap tuk hilangkn bosan. Hubby tdo. 
Ina sampai sekitar 11am. Kemudian Bebec smpai sekitar 12.30pm. Ajieb sampai xlama kemudian. Ward jadi huru hara. Pagi tu aku dgr jiran sbelah minta tkr bilik. Hehe  .. mungkin xtahan dgn bising rakan2 ku. Sekitar 2.30pm nurse dtg bg baju OT dan aku dsuruh bertukar bju. Xlama selepas itu 2 nurse dtg bawa katil. Aku tau itu panggilan untukku ke OT room.
Tiba di OT Doc Wan trus menyapa smbil tersenyum dan beri salam. Dia tanya kenapa bp aku tinggi. Aku jwb mgkn sbb lapar. Dia tekejut n bila diberitahu aku tak mkn apa2 sejak malam td smpai la ketika itu dia trus ke belakang aku dan aku dgr dia kol dan minta nurse yg bertugas syif malam td yg dtg beritahu aku tak boleh makan supaya dtg mengadap dia. Huhu .. nasib ko la nurse. 
Dalam stengah jam aku dibiarkan di ruang itu. Kemudian aku ditolak ke OT. Dlm kepala aku cakap "cntik lagi OT hosp sg. buloh" hehe  .. nurse pasangkn strap di lengan aku kemudian Doc Wan datang dan mula menyuntik bius di jarum di tanganku. Tak sampai beberapa saat aku terus tak sedar. Bius berfungsi sepenuhnya.
Sedar2 aku dalam recovery room. Aku cuba sekuatnya untuk menggerakkn kepalaku supaya ada yang perasan yang aku da sedar dan bole dibawa ke ward dgn segera. Seorang nurse dtg untuk periksa keadaanku dan aku minta dihantar ke ward. Doc Wan dtg lg dan aku minta ditunjukkan fibroid yg telah dikeluarkan. Macam kepingan2 putih yg berenang di dalam air darah di dalam sampul plastik. Kemudian aku ditolak ke ward.
Di ward, sekitar 6.30pm ada hubby mak ina sabrina meen & abg ghani yg menunggu. Rupanya k.anne ade dtg masa aku dlm OT tp telah beredar sebab kena pick-up abg ady. Riuh lagi ward ku. Rupanya jranku telah dipindahkn jadi seluruh ward itu kami yg punya. Hehehe  .. best. Aku rasa lemah dan sgt2 mengantuk. Hanya sempat bercakap beberapa ketika dan diberitahu abg zul ade dtg td atas arahan abg hamdan. Dan kemudian ina tunjukkan sebuah botol spesimen dan dia ckp iucd aku dalam botol tu & aku kena minta doc yang pasangkan iucd tu dulu utk pasangkan nya semula nanti. Kemudian aku tertidur. Aku terjaga sekitar 9pm. Aku hanya minum sedikit air  .. dan makan ubat semula. Makanan yang aku order dimakan hubby.  sedih xdapat makan fish & chip. Hubby balik dengan mak sebab dia keje awal pagi keesokan hari. Ina tunggu aku di ward malam itu. Dia tidur di katil sebelah sebab da 0 tiada penghuni.
Sebelum tidur dia bg aku makan ubat dan tolong layan segala permintaan aku yang tak larat bergerak. Masih pakai beg kencing dan bahagian perut rasa sakit2.
Day 3 - 22.3.2014 l sabtu
Bangun pukul 9am. Nurse datang dan bukakan beg kencing. Nurse cakap nt kalau da boleh pergi toilet dah bole tukar pad biasa menggantikan pad hospital yang pelik seperti cawat bertali. Sepanjang pagi tu saje 2x aku tekan loceng minta nurse suntikkan painkiller. Sakit sgt2 bahagian perut dan amatlah sukar untuk aku bangun/baring sendiri. Nasib ade ina yg byk membantu. Dia nak lapkn badan aku tp aku cakap xperlu lah  .. aku gosok gigi pon di katil je. Semua ina sediakan. Minumku makanku  .. semuanya. Terima kasih sahabat  .. jasamu dikenang selamanya insyaallah.
Aku rindu sangat pada aisy. K.anne hantar beberapa keping gambar aisy dan beritahu aisy meragam haritu. Aduh sian k.anne. Tak sabar nk peluk cium dia petang nanti.
Hubby sampai tengahari. Kemudian dia tidur tidur tidur hehe  .. nasib ade ina melayan/menjaga aku. Harapkan hubby aku  .. teman tidur je la yg bole hehe  ..
Ptg nya MIL dan adik2 ipar dtg melawat. Seronok dan meriah bilik aku. Mak bawa pisang. Aku tye pisang ape tu mak. Mak jwb "pisang dpn rumah yg setiap kali ko balik ko tanya bila dia nak masak tu lah" hehehehe  .. mak mak .. syg gak mak kat aku ye. Hihi
Fiza dan Shah pun dtg melawat dgn anak2. Seronok terima kunjungan tetamu. Rasa sgt2 disayangi. Hehe ..
Hubby kemudian ke hentian putra amek mangg yg tiba dr kemaman. Kemudian pulang ke rumah masak paprik surprise utk ina dan akn dtg bawa mak. K.anne sekeluarga dan aisy tiba sekitar 8pm. Hubby  mangg dan mak sekitar 8.30pm. Dah macam bilik hotel ward aku diorg berpiknik makan nasi panas2 paprik sayur2 dan ayam goreng. Meriah gila. Hapy sgt. Ina pun hapy dgn surprise tu. Hehe .. dia cakap patutla lama sgt amek mang. Hehehehehe  .. ok la tu tercapai hajat dia nk mkn paprik nong masak.
Mereka pulang sekitar 9.30pm. Aisy blk dengan nenek dan hubby. Sempat main dgn aisy tapi dia mcm xnk layan aku sgt.  .. sedih. Trima kasih k.anne sekeluarga tlg jaga aisy 2 malam, tlg layan kerenah aisy. Tak terbalas jasa korang. Sob sob .. tacing jap. Sempat ina bersihkn bilik sekemas2nya xlama kemudian Doc Siva dtg melawat. Selamattt .. hehe  .. tp rasanya masih bau makanan ward tu hihi  ..
Elly dan rose sampai sekitar 10.00pm. Bawa ice-cream. Bestttt .. bila gegurls berkumpul dan bersembang. Mereka pulang sekitar 11.30pm.
Sebelum tidur ina bagi aku mkn ubat tidur dan painkiller mcm biasa dan xlama kemudian aku tertidur sampaikn aku xsedar bila ina pulang diganti hubby. Dia ckp dia kiss dahi aku sebelum balik tapi aku da tak sedar. Terima kasih sekali lagi sahabat. Aku tidur lena sehingga pagi dan terjaga2 ketika nurse mengambil bp.
Day 4 - 23.3.2014 l ahad
Aku terjaga pukul 9am. Aku bgun mandi dan sarapan. Hubby tdur di katil sebelah dan bgun untuk tolong dekatkan meja makanan aku shj. Hehehe  ..
Doc Siva dtg melawat sekitar 9.45am dan waktu dia tanya aku nak rest di ward 1 more day atau nk balik aku jwb nk balik sebab aku rindu aisy. Tp kemudian aku nyesal cakap nk balik sebab urusan discharge  sgt lama sebab hari itu hari ahad. Aku akhirnya perlu menambah deposit sebanyak rm200 kerana pihak insuran xdapat dihubungi.
Hubby beredar sekitar 2pm kerana ade job selepas ulie sekeluarga sampai. Sekitar 3.45pm urusan discharge selesai dan aku dibawa pulang ke rumah. Sekitar 6pm pinky dan sham dtg melawat dan hubby masak dinner utk mereka. Lama xjmpa, seronok dpt jmpa kwn lama. Rindu pada aisy pon terubat. Syg anak mummy 
Terima kasih untuk para doctor dan nurse yg bertugas. Terima kasih utk semua yg dtg melawat .. terima kasih utk yg mendoakan walau hanya dari jauh.
Total kos operation: rm17,629.00 + rm1000.00 (own pocket money 4 2nd doc for choosing key holes type)
Gynae: Dato' Dr Sivamohan
Anaesthetist: Dato' Dr. Wan
Psst .. no pics for this entry cos im blogging using my ipad. Will upload in my next entry. Daaaaa  ..  

Posted via Blogaway