Friday 7 March 2014

Sabah Trip February 2014

Setelah sekian lama ... setelah terdelete tanpa save beberapa kali, i finally managed to squeeze some time to upload some pics from our 4days trip to Sabah last February.  Its a wonderful journey surrounded by beautiful inside out friends. KK ~ im in love with u. Will definitely come again. Only god knows when :-)

Lets enjoy the pics ..

ini hotel kami di KK. Sabah Oriental Hotel suite room yg sgt selesa dengan view yg cantik. kami stay sini dr 9hb, 11hb & 12hb


lokasi pertama - rumah terbalik. xla best sgt tempat ni tp ok la utk tengok2. aku mula2 pikir mmg ada org bina rumah terbalik dan kemudian dijadikan tmpt pelancongan rupanya ianya mmg saja2 dibina utk tarikan pelancong semata2 (psst: toilet kat sini mmg cantik bersih)



Exited nya anak mummy tgk lembu banyak - New Zealand sangat hokeyyyy. 
 
kecomelan ... bro bujakk dan aisy encem hi hi. hapy sgt
more pics of us kat farm ... aisy mmg hapy. suasana agak sejuk

Lepas puas tengok lembu dan feeling2 cam kat New Zealand, kami teruskan perjalanan ke puncak, menuju hotel penginapan.

Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa - nice & spacious room. suasana persekitaran hotel mmg marvelous abiss .. tersergam indah kecantikan persekitaran Gunung Kinabalu eventho puncak kinabalu mmg xpernah nampak sebab kabus tebal

Lepas check-in, kami keluar mkn tghri di gerai makan yg berhampiran. hubby belasah kepak ayam kaw2 .. sangat sedap. Dan di Sabah juga semua kedai makan/gerai makan pasti ada hidangan sup daging  panas2. Mungkin sebab cuaca agak sejuk. As per bro, wajib ada sup d semua kedai kalau kedai tu xde sup mesti xde org nak datang makan kt situ.

Malamnya pula, tiada aktiviti. Cadangnya mau karaoke, tp sebab Aisy yg bersungguh2 menangis tnpa henti (mungkin 'terganggu') dan hanya berhenti menangis sesudah diyasinkan oleh Nenek, kami sgt letih dan hanya tidur smpai pagi. Bangun pkul 2am dan kelaparan .. nasib baik ada tapau meggi cup.
Pagi, ketika siap2 untuk check-out, daddy confess yg dia kene 'tindih' few times. Patutla Aisy menangis, even daddy pon kene ape lagi dia yg baby.

Next, Sabah Tea .. 


   
Aisy pon sibuk time mummy dia pilih souvenir kat Ladang Teh Sabah
Lepas Ladang Teh, kami pergi fish foot spa, Ranau. Sakit2 + geli dipatuk ikan2 kelah. Aisy pon hapy jer kaki kecil nya dipatuk2 ikan2 hitam besar. Akibatnya, lepas seminggu baru hilang tompokan2 merah bekas gigitan/patukan ikan di kakiku. Agaknya dimakan habis kut kulit2 mati di kaki hihihi .. patutla sakit. Ada entrace fee jugak, xingat berapa mungkin RM3 untuk seorang dewasa dan masa yg diperuntukkan 20minit kalau xsilap. Maaf, xbrapa ingat sebab da sebulan. hihihih ..



Lepas fish Spa, kami kembali ke Kundasang untuk ke Kundasang War Memorial. Memorial ni memang cantik. Tapi sgt letih memanjat hingga ke atas dgn mendukung Aisy. Tp pemandangan nya sgt2 priceless. Dan taman2 yg disediakan sgt indah. Terasa sayu bagai terasa kehilangan bila membaca nama2 tentera seramai 2500 org yg terkorban yg dipahat di sana. Everybody should come & visit this place. Ada tiket yg perlu dibayar, kalau xsilap RM2 untuk seorang dewasa.



Selepas ke Memorial, kami pulang ke KK. Yeahhh ... miss our room in KK. Ha ha ha ...
Malamnya, aktiviti makan seafood. Makan sampai surrender, xlarat nk abiskan ketam2 yg sangat sedap dan yg lain2 nya. Dah la sedap .. murah plak tu. 11 org makan, bil hanya RM398.00. Kalau di KL? Ketam 2 ekor, udang sepinggan kecil - RM150.00. Kenyang dan sangat hepy dpt berjumpa kawan2 yang selama ini hanya dikenali melalui fb. Hope to be able to see them again, soon. Thanks to Bro Bujak, Iryan, Bro Ben, Darling, Roslih + isteri juga Awang dan Damia for their great hospitality.




Balik ke hotel kami tidur awal kerana kekenyangan. Sebab awal pagi kene bangun untuk ke jeti, mau ke Manukan. Berjaya pujuk hubby pergi jugak ke pulau. Jadilah .. wlwpon hanya 1 pulau. Asalkan merasa itupun mud hubby xbaik sangat sebab dia memang takut naik bot, tambah pula bawa Aisy .. bertambah2 kerisauan dia. Dari hotel kami naik teksi, RM15. Jarak dr hotel ke jeti cuma dalam 5min perjalanan, xjauh. Tiba di jeti, tiket yg perlu dibayar, RM23 per head utk boat ride to & fro, kemudian di Pulau kene bayar rm3 per head untuk enter pulau. Aku dan mak sewa set snorkel, RM10 seorang.

Tapi Manukan Island memang heaven. Puas dapat snorkel di sini. Ikan2 cantik berkeliaran dalam kumpulan. Aisy pon ok dan happy sepanjang di pulau, dan dia langsung xnangis masa naik bot. Gud boy ... berani. mungkin berasa sgt selamat dalam dakapan daddy.



 Sekitar Jeti Jesselton, terdapat banyak pilihan makanan. Deretan gerai2 dan kedai makan dengan pilihan yang banyak dengan harga berpatutan. Xlama selepas kami tiba di Jeti, bro tiba dan membawa kami makan tengahari di bandar KK dan kemudian pulang ke hotel untuk berehat sementara menunggu check-out time sebab flight pulang ke KL ialah pada pukul 9.25pm. Sebelum beredar Bro igtkan supaya berkumpul di lobi hotel pukul 4pm.




Sebelum check-out, sempat la kami lelapkan mata dalam sejam lebih seorang sebab gilir2 jaga Aisy. Penat oiii .. hihi, itupun kami bersyukur sebab keluar awal, jadi dapatlah mandi dan berenang sebelum matahari terik terpacak atas kepala dan sebelum org ramai mula membanjiri seluruh pulau.

Selepas check-out, terus kami ke Pasar Filipina untuk membeli ole2 utk dibawa pulang ke KL. Hanya beli keropok cincin yg sgt femes tu dan beberapa jenis keropok lain, a few gelang mutiara air masin untuk close friends, ikan kurau masin & sotong kering & 1 sudip kayu untuk diriku sendiri. Sudip? Yes sudip. Sebab sudip tu cantik macam tempurung. Ikan bilis pula Bro telah bekalkan 5kilo. Sila jangan jeles. Hi hi hi ...




Besar sangat pasar ni ..  dan segalanya agak murah. Jangan tertipu dengan harga yg dipamerkan .. cth: ikan kering kurau yg kubeli, harga yg dipamer RM85 seekor (hrga biasa di pasar malam di damansara). tapi dapat dibeli dengan harga RM25 sahaja. Segalanya jauh lebih murah dari KL. Xlarat nk pusing 1 pasar .. selepas dapat apa yg dicari, terus beredar. xlarat nak dukung Aisy lama2 sebenarnya. Hi hi hi ..

Kemudian kami singgah makan malam terakhir bersama2 di Tanjung Aru. Windbell Seafood Steamboat Restaurant. Kedai ni sangat famous, tersenarai dalam Trip Advisor sebagai antara tempat makan yg disyorkan. RM35 per head, makan sampai lebam. Nasi goreng sangat sedapppp bila dimakan bersama ikan sardin curut yg digoreng panas2. Steamboat selection pon sangat memuaskan hati.


Selepas dinner, tibalah masa untuk berangkat ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Check-in time yang memakan masa hampir 20min ialah sangat insane dan menyakitkan hati kerana pelatih2 kaunter Air Asia yg belum mahir. Flight 9.25pm delay sehingga 10.35pm. Sepanjang di Airport aku xhenti2 berdoa moga perjalanan pulang kali ini akan lancar dan Aisy xkan menangis dan mengganggu penumpang2 lain yang ingin tidur memandangkan waktu penerbangan yg agak lewat. Alhamdulillah .. Aisy lena sebaik berada di dalam pesawat dan hanya terjaga setelah kami turun dan mengambil bagasi. Moral of da story ~ sila pilih flight lewat malam supaya Aisy mengantuk dan senang lena. Ok, noted.

Last pic at Airport KK. Hapy jer Aisy ... sepanjang di departure hall pon dia sangat hapy bila diagah org2 Korea. Ramai betul Korean yang menghurung Aisy dan mengagah2. Aisy mcm biasa la .. gelak2 dan buat muka cheeky yg buatkan org lagi geram tengok dia.He's such a darling .. mummy's baby boy forever.

Tiba di LCCT at around 1.30am .. kesian adik ipar menunggu dari 12am tapi kami masing2 kehabisan betri dan terlupa untuk inform flight delay. Terus gerak balik Damansara dr LCCT sebab adik ipar dtg dgn 2 kereta, kereta kami dan kereta mereka. The reason why bergegas balik Damansara sedangkan esoknya aku masih cuti? Hubby have to go to Penang awal pagi esok hari. Gigih x hubby bekerja demi kami dan kuarga?

Thats it .. Sabah trip 9.2.14 to 12.2.14.
Terima kasih xterhingga buat Bro Bujak (Irzan) kerana menyediakan tempat penginapan sepanjang berada di Sabah, kereta sewa dan hospitality yg sangat2 memuaskan hati. Semoga kita berjumpa lagi.


No comments:

Post a Comment