Monday 23 December 2013

Aisy Uqail at 5months++


Aisy Uqail da 5months 2 weeks. Da besar dan makin hensem anak mummy daddy tu. Kadang2 bila dia meragam tu memang sgt2 rasa tercabar ... smpai jadi marah pon ada. Moga makin tebal kesabaran dan ketabahan diri untuk mendidik dan membesarkan si comel permata hati ini.

Petang semalam bawa Aisy mandi swimming pool. Seronok la dia. Dilayan mummy daddy nak2 dia memang suka mandi.

Isn't that cute? 

On Saturday Aisy made his 1st attempt to crawl. And he actually made it. He practiced a lot. I hope he can start crawling very soon. 


Tuesday 3 December 2013

Laksa Kari dan Mee Kari

sekarang ni kalau nk makan laksa, confirm2 aku akan buat 2 jenis. sebab da terjatuh cinta dengan laksa kari yg MIL buat. tapi hubby xminat laksa kari. dia nk laksa biasa je.ada skali tu smpai 2x buat laksa dlm 1 mgu sebab hubby cakap xpuas mkn laksa. tapi sgt hapy bile dia da abiskn 2 mangkuk besar laksa, dia kiss pipi aku & cakap thanks. berbaloi bertarung di dapur wlwpon selepas penat bekerja seharian :-)

npk sedap kan? mmg sedap pon sbb air tgn aku sendiri :-)

1 paket laksa basah
6 ekor ikan sardin curut saiz besar (rebus dan asingkan isi & tulang)
1 cawan cili kering (blend dgn 1bj bwg besar, halia dan lengkuas, belacan)
2paket rempah kari ikan babas 
1 kotak santan kara
asam keping
garam 
2kpg bunga kantan
2 ikat daun kesum

Cara Masak
blend isi ikan. blend jugak sgala tulang dan rangka ikan tu kendian tapis n amek airnya. dalam periuk tumis smpai naik minyak rempah kari. masukkan isi ikan air, cili kisar, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan garam. didihkan. last bru masukkan santan, biar sehingga mendidih seketika .. dan siap. 
hidangkan dengan hirisan cili padi, bwg besar, timun, limau kasturi dan telur. 
yummyyyyy ... 

ni plak mee kari kerang .. my fav too!

mee kari aku ni sama je cam mee kari org lain rasanya. buat kuah kari dan campakkan segala jenis tofu dan fishcake juga fishball dan kerang. 
bezanya .. kuah mee kari aku ni aku blend isi udang segar (lebih kurang 800g) dan juga stok udang.
stok udang tu aku buat dengan merebus kepala dan kulit udang. memang manis2 rasa kuahnya dan pekat lagi sgt sedap.

Wednesday 6 November 2013

Cameron Highland



Lamanya xupdate blog ni. Asal plan nak update post je mesti tergendala. Ok lah .. sebab da lama xupdate, arini I let the photos do the job. Xnak cter panjang ... tengok2 belek2 pics je la k.

apartment kami. sangat2 puashati. cantik bersih selesa .. sama keadaan nya mcm dalam pic yg diiklankan di mudah.my. pandai k.anne cari :-)

Jom ramai2 minum teh pagi2 sambil makan sandwich :-) i miss my cuppa coffee :(
biler la nak dapat bunga camni dr hubby tah :(
cam cantik jer ... cam comel jer ... cam prasan jerr .. adehh
aisy omeyyy ... daddy miss the 2 of us so much when we're away. hihi ...

mummy & baby :-)
Big sista ... luv u 
Klaau pegi cameron xmakan strawbery coklat memang xsah la kan

 my heart & soul ... he's just so lovely i could spend my entire day just looking at him. Gaya minum teh da ade .. ok t besar bole mnum everyday ye syg :-) tecik2 ni wat gaya de sudah
selepas minum teh di ladang teh

cantiknya kehijauan dedaun teh 


bff dari zaman single smpai aku da ade anak sorang. moga friendship kekal selamanya
Sekian ...
Kami balik ke KL dengan pajero yang sangat sarat penuh dengan hasil borongan di Kea Farm. Hi Hi ..
Sepanjang2 perjalanan pulang hujan lebat teramat yg membuatkan kami langsung xboleh berhenti singgah makan di mana2 R&R. Akibatnya, kelaparan dan sesampai rumah lebih kurang 5pm baru kelam kabut masak sardin + telur dadar. Apa2 pun ... kami happy :-)

Monday 7 October 2013

Us ~ Then till Now

Throwback ~ zaman bff -> bercinta -> kahwin -> jadi ibu-bapa -> kini

ni masa kami masih bff .. late 2009 kalau x silap

Aug 2010 ~ His birthday .. tgh sakan bercinta

 Sept 2010 - bercuti ke Bandung

 Bertunang ~ 7.11.2010

 Alam pertunangan ~ Pre-wedding photoshoot 

Hari persandingan kami - 7.01.2012

Pengantin baru  .. inai masih di jari lagi

Kami adalah Mummy & Daddy buat anakanda tercinta ~ Aisy Uqail

Kami ~ setelah bergelar mummy & daddy

Moga cinta dan kasih sayang antara kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan membawa ke syurga. Amin. 


Thursday 3 October 2013

2½ months ~ Si Jantung Hati

Aisy Uqail da pandai bersembang sekarang. Daddy selalu mintak Aisy bg laporan setiap hari dan Aisy akan cakap ngan daddy sampai muncung2 mulut dan kembang2 hidung comel dia untuk kuarkn suara. Terhibur betul tengok gelagat Aisy yg sgt comel.

Sedang train Aisy buat aktiviti fav mummy di hari cuti ~ shopping & makan :-)
Ni Aisy kene temankan mummy bfast
Si kacak cinta hati mummy
Aisy dan mama Anne



Tuesday 1 October 2013

Berpantang Selepas Bersalin

Berpantang selepas melahirkan anak memang sangat penting dalam kehidupan seorang wanita. Tujuannya untuk mengembalikan kesegaran & keadaan bentuk tubuh badan ke keadaan asalnya. So, dari waktu mula2 aku disahkan mengandung, aku dah plan baik punye macamana nak melalui waktu berpantang aku nanti.

Ketika 3 bulan mengandung aku dah google mencari2 confinement lady (CL). Pakej diorg memang  .. mahal2 semuanya. Tapi aku memang dah tau rate para CL so mmg dah ready untuk terpaksa mengorbankan ribuan ringgit untuk berpantang.

Finally, aku pilih Aunty Syikin dr Banting. Rate dia RM140.00 per day. Ambik 15days sahaja sebab xmampu nk byr tuk 30days ~ mahal sangat! Total for 15days = RM2100.00 nett. He He ... cam berat je hubby masa bg kebenaran untuk transfer duit ke ekaun Aunty masa tu.

Bermula la aktiviti berpantang aku dari hari ke-5 selepas melahirkan untuk 15 hari bersama Aunty Syikin. Dia akan datang setiap pagi antara jam 9.30am dan akan pulang selepas selesai semuanya dalam pukul 12.30pm.

Apa yg Aunty Syikin dan assistant dia buat:-


1. Urut satu badan - kecuali bahagian czer Aunty xsentuh
2. Mandikan, urutkan, pakaikan baju, bedungkan dan susukan Aisy - Asst Aunty yg buat
3. Tungku satu badan - kecuali bahagian czer
4. Aunty mandikan aku dengan daun2 herba yg sangat best & menyegarkan. Paling best part shampoo 
    & cuci muka. Memang mcm kat salun. Terbaek :-)
5. Bertangas - berpeluh menitik2 satu badan & memang sedap badan selepas bertangas ni. Aku sangat
    suka bertangas. Selain baik untuk merapatkan kembali kewanitaan, badan memang segar bugar
6. Pakai kapur+limau di perut sebelum pakai bengkung - tujuannya untuk mengempiskan perut &  
    mengecutkan peranakan.
7. Pakai pilis satu badan - untuk memanaskan badan
8. Pakai param di dahi - ni aku xpasti untuk apa, supaya angin xmasuk rasanya
9. Pakai stoking

 Hari pertama bersama CL

Semua Aunty buat hari2 selama 15 hari. Selepas 10hari berpantang, aku da kuat dan mampu tolong2 mak buat keje rumah sikit2 cam cuci pinggan makan sendiri, tolong angkat baju di ampaian dan da boleh jalan laju2. Hi hi ... luka czer menyembuh dengan baik. Selepas 10 hari aku mandi tanpa tutup luka czer dengan plastik lagi, tapi tetap keringkan dengan hair dryer stiap kali selepas mandi.

 bengkung panjang yang aku pakai at least 12 hours a day - bermula hari ke10

 bertangas - me with Aunty Syikin

Hasilnya? Ha ... ni yg best ... berbaloi2 la hubby bayarkan CL, sebab pada hari ke14 berpantang, aku da dapat kembali berat badan seperti sebelum mengandung. Dan berat kini? Kurang 2kg dr berat sebelum mengandung.  Happy sungguh dan sangat2 bangga dengan pencapaian ini. Hi hi ... sampaikan hubby cakap "jangan kurus lagi dah ... camni da ok" :-P So sape2 yang rasa nk badan tip top tak menggeleber dan cergas sihat, amalkan lah berpantang secara tradisional macam aku.

Ramai yang terkejut dan memuji ~ kata mereka aku xnampak macam org baru lepas pantang. Ahaks .. okey, terover! Sila abaikan. Hahahahaha ....

Berat sebelum pregnant - 62.5kg
Berat hari terakhir mengandung - 72.5kg (naik 10kg)
Berat selepas habis berpantang - 60.2kg
Berat hari ini (1.10.2013) - 60.5kg

Yabedabeduuuuuuuu  .....

hari ke-10 ~ perut buncit mcm msh ada baby dlm perut

 hari ke-45 ~ sehari selepas tamat pantang. muat pakai baju raya tahun lepas, tanpa pakai bengkung/korset ni tau. kawan2 cakap macam anak dara balik. ko mampu? ahahahahaha ..........


Sepanjang berpantang juga malah sehingga skrg aku tetap amalkan makan suplement Shaklee dengan tambahan zinc complex yg sgt baik untuk luka dalaman. Aku ikut cakap doctor untuk langsung tidak makan ikan haruan dan pati gamat sebab akan menyebabkan luka dalaman melekat2 dan akn menyukarkan next pregnancy dan sangat bahaya untuk fibroid aku. Alhamdulillah luka baik dengan elok dan parut czer hanyalah 1 garisan halus sepanjang kira2 10cm.

Sebulan selepas bersalin, ialah temujanji untuk review fibroid. Dan kami suami isteri dapat gud news, fibroid telah mengecut dari saiz 12cm  ke 5.5cm dan tidak perlu dibedah dan doctor estimate ia akan terus mengecut ke tahap tidak membimbangkan. Namun ada kemungkinan akan kembali membesar bila aku pregnant sekali lagi, didorong oleh perubahan hormon. Sangat2 lega dan bersyukur.

Note:-
Sape2 yang inginkan khidmat Aunty Syikin boleh call dia kat no ni 011-2322 9541


Wednesday 25 September 2013

Pengalaman Bersalin ~ Elektif Cesaerean di Hospital Sungai Buloh

Aisy Uqail dah berumur 2½ bulan sekarang, baru aku ade masa nak post pasal bersalin. Suah nk post kt blog guna ipad so kena tunggu masuk opis guna pc lah. Nasib baik ada type kat dlm Inkpad hp Note kalau tak memang confirm aku xkan boleh ingat every details. And it starts like this .... Once upon a time ...


10.7.13
8.30am - tibe di kaunter dewan bersalin. Hubby ckp xpyh bwk luggage dlu tkt nt lmbt dpt wad. So g daftar bwk handbag je n buku merah. Lps reg dia suruh tinggal beg n hp semua kt hubby n suruh hubby amek kain batik. Aku lak kene msk PAC trus. Tmpt menunggu sementara dpt wad. Xlama duduk kt sofa d bhgian PAC tu nama dpnggil msk ke blk CTG. Disuruh tukar ke kain pink. Aku ikutkan. Kemudian dipasang strap kt perut utk cek CTG jntung baby. Dlm 30min kt blk tu n mcm2 nurse tu ajk aku sembng. Bosan gak dengar dia becerita psl personaliti kegilaan dia, Ally Iskndar. Dia bukak cter psl Ally sbb tgk jwtn suami aku kt buku pink. Lps CTG aku duduk blk kt sofa2 tu. Bosan sbb hp xbwk. Tp aku tgk org lain main hp jd aku tya diorg blh bwk ke, TADI nurse kt dpn ckp xleh bwk. Rupanya blh bwk msk on ur own risk.
 inilah PAC area. kawasan menunggu sementara masuk ward




 dari pagi hingga ke petang tunggu turn masuk ward duduk kat kerusi ni. memang xbrapa selesa untuk org yanmg tengah sarat mengandung macam kami tapi aku ok jer .... lain2 hal semuanya ok. so xkan lah sebab kerusi menunggu ni aku nak kecoh sangat kan

Xlama lps tu diorg ckp klu nk jmp hubby kt ruang menunggu boleh kuar jumpa kejap. Aku pon kuar dgn pkai kain pink besar yg hodoh sbb aku mmg xreti pkai kain. Sian hubby tetdo2 main game kt situ. Dia mtk kebenaran nk tdo dlm kete sbb letih sgt n aku ckp ok sbb aku sndiri pon xtau pkl brapa bru aku dpt msk wad. Aku srh dia blk jer n akn kol bila dpt wad tp dia ckp xlrt sgt n nk tdo dlm kete je. Msk balik ke ruang menunggu, aku tkr kain pink dgn kain batik n bz main hp sbb da amek dr hubby. Xla bosan sgt hehe.

Kejap2 doc platih pggl aku tuk cucuk jarum kt tgn kiri, kejap2 pggl tuk ctg lg, scan tgk baby. Pkl 12.30 diorg suruh msk blk mkn. Punya la xsdp mknan nya tp aku bedal je sikit. Jnji perut xskt. Ms tu k.anne wasap suruh aku minta nong belikan mknan sbb dia ckp tgk pic yg aku sent pon npk sgt xsdpnya mknan tu. Redo je la. Xlama lps mkn nurse ckp ada org nk jmp kt luar. Rupanya mak dtg dgn kwn nya. Aku dgn tgn sebelah pgg kain batik tkt telucut g kuar jmp diorg jap n suh diorg blk je n akan roger lps dpt wad.

 ini la rupe lunch yang sangat xsedap tu

Akhirnya, dlm pkl 4pm, nurse ckp aku akn msk wad skejap lg n dia srh husband bwkkan brg2 ke wad 6B katil 26. Aku kol hubby yg da blk rmh n dia dtg hantar luggage aku kt wad. Rindunya kt hubby masa ni. Lega dpt tgk dia dlm 3jam smpai wktu melawat abis. Dia belikan aku nsik n air n aku trus mkn. Slere ptus bila org katil sblh asyik muntah xberhenti. Xpalah xyh mkn knyg2 pon xpe. Lps hubby blk aku mkn jgk skt nasi hosp sbb pikirkan start 12am kene puasa smpai lps czer. Doc ckp czer dlm pkl 2pm sbb aku kes ke3. Akibt takut lapar aku mkn la jgk sikit lg. Pastu pkl 8pm aku da ngantuk n tdo. Tdo mlm xlena sbb stiap sejam nurse dtg cek bp n jantung baby. Smbil2 wasap ngn hubby tuk ilangkan rindu.


dah berjaya masuk ward. luas dan selesa. sangat lega sebab dapat baring & berehat
 
11.7.13
Pkl 4.30am nurse psg strap ctg. Dekat sejam gak. Smpai naik kematu bdn aku xgrk2 pasif je. Bosan gile smbil dlm hati berdoa nurse akn cpt2 dtg n bukak bnda tu. Pkl 5.30am nurse dtg n suruh mandi n tkr baju tuk msk OT. aku pon mndi n siap2. Pastu aku ngntuk n tdo tebangun tdo tebangun. Tbe2 dlm pkl 10.15am, 2 org nurse dtg masa aku tgh tdo n ckp nk bwk msk OT dah. Punya la gelabah ms tu. Mtk kbnrn nk g toilet skt rmbut pon diorg ckp xpyh. Dlm ht aku ckp 'eh awalnya, kata dlm pkl 2'. Aku mtk kebenaran nk call hubby n diorg tglkn aku kejap. Tp aku rasa mst hubby pyh nk bgn agkt hp sbb tgh tdo so aku wasap k.anne n mas ja mintak kolkn dia n bgtau aku da nk msk OT. aku dpindhkn katil n kain disuruh buka, cuma pakai bju OT n dtutup slimut lalu trus ditolak ke OT di tgkt 3. Spjg perjlnan ke OT takutnya Allah ja yg tau. Mulut xhenti2 baca ayat kursi n doa nabi nuh. Air mata rasa nk jtuh tp aku tahankan n doa kuat2 hubby sempat smpai sblm aku kuar dr OT. 

Msk je blk OT, aku disiapkn utk suntikan epidural. Aku tgk nurse2 kt dlm tu msg2 sbk main hp smbil 3 4 org nurse n pakar aesthetic siapkn aku utk dsuntik. Diorg bg aku peluk bantal n srh tgkkan belakang. Rasa mcm kene gigit dgn 10 ekor semut itam besar bila jarum epi 3x ditusuk ke tlg blkg. Tp skejap ja sakitnya. Pastu mula trasa kebas dr pnggang ke hjg jari kaki. Pengadang dpasang n aku xnpk apa yg diorg wat. Tp lampu kt atas kpla n dinding kaca kt sbelah kiri msh memungkinkan aku mencuri pndang sdikit tp aku xbrani tgk jd mataku tepat pndang jam di dinding. Berkali2 nurse inject mskkn painkiller dlm jarum d tgn kiri aku. Saatnya nurse ckp 'dah mula' aku tetap tekumat kamit baca doa nabi nuh. Aku tkt klu aku akn rasa skt. Alhamdulillah epidural berjaya mengebaskn aku spenuhnya. Tp aku tetap rasa bila perut bagai ditekan2 disentak2 dan direntap2 utk kuarkn baby. Bila baby ditarik keluar aku dgr nurse ckp bdn baby smangat wlwpon bdn ibu xbsr sgt. Baby nangis tesekat2 kmudian dibwa ke blk dsbelah kanan tuk dbersihkan. Aku sempat jeling ke kanan n rasa nk nangis bila npk baby yg putih gebu. 

Aku tanya nurse baby boy ke gurl dia xnk ckp dia ckp nt diorg akan tnjuk. Lps tu rasa perut disentak2 smula mgkin doc Thor sdg kuarkn uri. Painkiller di inject lg. Xlama slepas itu nurse ckp da siap. Aku prasan aku msk OT pkl 10.30am, inject epidural 10.35am, baby lahir 10.49am n sgalanya siap 11.05am. Cepat n pantas. Xlama lps tu baby ditunjukkan n aku senyum bila npk baby putih gebu ku dgn bebird. Nurse bg aku cium baby 2 3x n trus bwk baby ke nursery. Aku disiapkn utk dtolak ke recovery room. Aku tak rasa sejuk pon tp diorg pasangkan slimut panas. 

Bosannya dlm 20min disitu akhirnya nurse2 ckp aku boleh discharge sbb aku ok. Sblm kuar dr OT aku da npk hubby, abg ady, mak n lan di luar pintu kaca sdg senyum2. Aku rasa hapy n lega sgt waktu npk muka hubby. Aku dpindhkn katil n bila pntu kaca dbuka hubby asyik snap pic aku. Dia cium dahi aku n aku rasa nk mengalir air mata. Pastu mak plak cium dahi aku. Seterusnya aku ditolak kembali ke wad. Hubby akan melawat pkl 12.30pm. Xsbr rasanya wktu tu nk tgk muka baby. 

Sampai di wad aku trus amek hp n wasap2 hubby. Dia d nursery sdg tunggu utk azankan baby. Pkl 12.30pm hubby naik ke wad dgn mak, abg ady & lan. Xlama lps tu baby dihantar. Sesi bergambar bermula. Aku rasa hapy yg xterhingga bila aku tgk hubby sgt hapy dgn zuriat yg aku lahirkn. Kpla trasa berat n bila diangkat rasa pening sgt2 jd aku cuma mampu berbaring. Tp aku tetap larat utk bersembang dgn pelawat2 dr tghri smpai ptg. Aku rasa kuat n bhgia bila suami ada disisi. Dialah kekuatan aku. Hya utk dialah aku snggup mengharungi sgala kepayahan n kesakitan.




Malam tu bermulanya hdup aku sbg ibu. Payah utk susukan aisy tp aku buat juga dlm serba ketidaktahuan. Bila aisy nangis aku tekan loceng n nurse dtg utk bg aisy pada aku utk dsusukan. Stiap sejam nurse dtg cek bp. Mmg penat n tdo xlena. Aku rasa letih sgt2.
Pg tu nurse dtg tkrkan pad, rasa sdikit malu n bersalah bila nurse yg lapkan bersihkan n pakaikan pad. Berkali2 aku ucapkan thanks n sory tp d wajah mereka ternampak keikhlasan dlm bertugas. Seharian d hari ke2 aisy di dunia aku cuma nantikan hubby dtg tghri dan ptg. Aku sdikit stress bila aisy asyik nangis sbb dia xdpt menyusu dgn baik mgkin sbb aku xpndai position kn dia lg waktu tu. Aku rasa lega n sgt kuat bila npk hubby dtg tepat pd waktu melawat. Stiap kali dia cium dahiku n dia dukung aisy aku rasa sgt bahagia. 

12.7.13
Msh d hospital. aisy meragam spjg malam. Aku plak da boleh bgn n agkat aisy sndiri bila dia nangis. Tiub kencing sudah dibuka n aku dah disuruh ke toilet utk pakai pad sendiri. Org2 d katil di hadapan aku semua ckp aku kuat. Masa diorg dgr ceramah tentang breastfeeding nurse yg bg cramah pon ckp aku kuat n okey je slps czer xmcm kebanyakan org lain. Jd aku boleh pulang esok hari klu aisy xde kuning.
Seronoknya hati xterkata bila dgr boleh blk esok. Aku rasa sgt comot n kotor sbb xmandi da brapa hari cuma lap2 bdn aje. Tghri n ptg aku tgu hubby dtg. Dia akan main2 dgn aisy smentara aku mkn. Dia xmiss utk dtg tgk kami wlwpon dia xtdo mlm sbb keje. I luv u syg. So much.  

13.7.13
Discharge day. Yeay. Paed sahkan aisy xde jaundis n bintit2 kt bdn aisy is nothing to worry about. Sebelom tu aku da nangis2 smbil peluk cium aisy sbb takut xdpt discharge aritu bila paed ckp ade bintit kt bdn aisy yg mgkin perlukan pemerhatian.

Aku xsabar2 tgu hubby smpai pkl 12.30pm. Dia smpai dgn ulie n ada. Tlg kmskn beg2 n brg2 n hubby pegi byr bil kemudian tgu dokumentation siap  ... Dan kami dbenarkn pulang. Hubby npk sgt hapy smpai terlompat2 dia. Dia beli belon2 utk diletakkan d katil aisy. 

Bermulanya episod berpantang ku d rumah sendiri. Lega dpt blk rmh sndiri. Aku pon da rindu sgt pelukan hubby. Rasa sgt terharu bila dia pandang aku dgn pnuh ksh syg. Bila dia usap kplaku saat aku merasakan sakitnya bila aisy menghisap puting susu yg bengkak. Aku lahirkan zuriat penyambung keturunan mu syg. Sebagai bukti cinta dan kasih agung ini untukmu. Semoga anak ini membahagiakan kita selamanya.

~ The end of my labour story ~
Next entry aku akan cerita pasal berpantang pulak okey ...

Friday 5 July 2013

Last Working Day

Yeay .. arini 5/7/2013 ialah hari terakhir aku duk wat keje kat opis ni sebelum bercuti panjang. Panjang la kan bermula 6 Julai - 22 September :-) hehehe ... best! Kalau ada baby pastilah best kalau xde baby n cuti saja lama camtu mampus mati kutu la agaknya. Lain la kalau duit bekepuk2 dalam bank & boleh spend hari2 pegi spa, pegi shopping or melancong.

So, lepas ni berehat secukupnya lah aku di rumah. pasti akn bz dgn baby & menguruskn diri sendiri berpantang. Memang aku tekad nak berpantang dengan baik sebab aku xnak badan menggeleber & xcantik. Mungkin sebab sepanjang hdup 32 tahun ni aku memang xpenah biarkan badan aku menggeleber & xcantik. So nk kekalkan camtu lah nanti. Ye la ... xkn la nk biar org cakap baru ank sorang balancing semua da lari kut kan. Dah la hubby jenis high taste, pandai2 la nak jaga badan jgn sampai kene komplen. Hi hi ...

Lately ni bila tejaga kencing tgh2 malam payah nk lelap balik sbb minda sgt2 aktif. Mula la pikir berbagai2 perkara. Malam tadi dok pikir macamana la nanti time perut kene belah ... pastu dok takut kalau2 epidural yang disuntik tidak berjaya mengkebaskan diri. Owh seram ... Harap2 semuanya baik2 aje & hanya otak aku je yang suka pikir benda2 merepek. 

Jadinya, Isnin depan ialah last cek up kat Klinik Kesihatan pastu Rabu cek in wad kt Hosp Sg. Buloh,  khamis 11.7.2013 ~ hari berjumpa baby. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin yra.


 me today @ 37 weeks 6 days,  dari depan/belakang xla nampak memboyot sgt. tapi kalau dari tepi .. memang kantoi abisss ... hehehehehehe ....

Monday 1 July 2013

Week 37 - Last Working Week

10 hari je lagi. Lepas tu dah boleh kiss2 my own baby. Xsabar nk semuanya berakhir & memulakan hidup baru sebagai ibu. Kalau cakap xtakut tu tipu lah ... tapi exited mengatasi segala :-)
Mohon doa dari semua kawan2 agar segalanya dipermudahkan. In Syaa Allah.

Last weekend sama cam weekend yg sbelum ni. Bosan gile sebab hubby keje dari Thursday direct sampai Ahad petang. Means malam tadi baru la ade sidikit masa tuk spend together. Macam da nak tepu kepalahotak aku ni dok membelek ipad & hp aje diselang seli dengan tido & tengok tv. Betri note pon sgt cepat abis da sekarang, mana xnya ... asyik on intenet tuk ipad. Kesimpulan nya, dah 2x weekend aku mmg betul2 berehat di rumah tanpa dapat kemana2.

Pagi semalam hubby blk pukul 7.45am, pastu dia rajin tolong cucikan bilik air tanpa disuruh. Berkilat2 dinding & lantai bilik air tu sekarang. Bagus. Memang da lama aku dok bising suruh dia cucikan tapi xdibuat2nya pon. Xkan aku yg tengah sarat ni nk buat. Tekan sikit je berus pencuci tu dah terasa tekanan kat perut. Sakit ooo.

Lagi 1 ~ agak lega sikit sebab da bgtau tuan rumah yang kami xjadi nk proceed dengan pembelian rumah tu at the moment. Yang sebetulnya aku memang xpuas ati bile tibe2 dia naikkan harga 20k extra dr our deal price. So aku bagi alasan, aku nk czer next week so paham2 lah brapa nk kene pakai. Bukan dia tau aku czer kat gomen hosp je pon. Aku cakap kat dia if by another 2 months dia masih xde buyer aku & hubby akan beli dengan harga RM140k yg dia nak tu. Tapi kalau tibe2 agen dia dapat cari buyer cepat .. aku let go lah. Ntah .. dalam hati ade sedikit kureng dah tentang memiliki rumah itu. He he .. gatai jer kan. Berangan nk cari kondo yg 300k ... padahal apartment 140k pon masih tekial2 nk sediakan deposit 10%. He he he he he .... In Syaa Allah kalau ada rezeki kami, adalah. Sebulan 2 lagi should be no prob rasanya. 

As for now ... doa kuat2 moga2 gaji hubby kuar minggu ni or minggu depan so aku dapat berpantang dengan lega :-)

Wednesday 26 June 2013

Czer Juga Akhirnya

Semalam hari cek up fibroid aku di minggu ke-36. So pagi2 kejut hubby & gerak ke hospital Sg. Buloh.
Sampai hospital pukul 8.30am. Amek no dan terus pegi bfast kat kantin dlu sbb cam biasa ... ade lebih 80 org lagi yg menunggu sebelum no aku dipanggil. Makan cepat2 .. 20min da masuk blk ruang tunggu giliran, tapi hampeh masih kene tunggu jugak. Finally pukul 10.40am baru laaaaaaa no dipanggil. 2 jam lebih. Boleh? 

Masuk are O&G, cam biasa amek air kencing, timbang berat & cek tekanan darah. Nurse yg baik2 kat situ cakap arini doc ramai tapi patient xde sbb lambat sgt bhgian no giliran dipanggil. Memang pon ... xsampai 10 minit lepas nurse amek tekanan darah no aku trus dipanggil. Masuk bilik doc, this time jumpa Doc Ahmad. Hubby suka doc tu .. sbb dia slamber. He He ... bila scan, baby still breech. Kedudukan fibroid lak da beralih dr bhgian atas perut ke kanan n sedikit terkebelakang, which is very near to the main blood supply. So ...... czer lah jwb nya. The moment doc tinggalkan aku untuk lap2 perut tu dengan tisu, hubby lompat2 kat hujung kaki aku. Aku sengih tgk dia. Dia cakap suka2 sebab dpt tgk muka baby. Ha ha ha .... lakiku ... org risau pasal kene czer dia suka sgt smpai terlompat2. Ha ha ha ...

Masa kembali duduk kat meja doc, n bila dia explain keadaan fibroid yang truk & besar (12cm), n how my womb will be effected, mata da berair tapi aku bejaya tahan. So kesimpulannya, 6 bulan slepas czer baru lah boleh remove fibroid tu. Another major operation to go thru. Doc ckp mayb pakar dari Hosp Ampang yang akan kene buat sebab my fibroid bukan jenis biasa2 sbb kedudukan nya yg sgt bahaya. 
Takut? Hell yeah! Kuar je dari unit O&G, aku da nangis2. Hubby pujuk2 ckp dia janji akn temankan aku n melawat aku stiap kali time melawat. Sob Sob!

To be honest, aku xtakut sgt psl czer tu ... yg aku takutkan sgt ialah psl fibroid tu. And aku sgt takut memikirkan keadaan perut aku selepas czer tu nnti. Boleh susut n leper balik ke klu xboleh berbengkung cam org bersalin normal. Arghhh ... ngeriii! Xnak buncit. 

So, 10.07.2013 - admit ward 6B
11.07.2013 - Czer

Cantik gak tarikh lahir baby. Know y? Sebab ~ kami bertunang 7.11, kami nikah 7.1, baby akan lahir 11.7. Nice rite?

Semoga segalanya lancar & membahagiakan. Amin.

Monday 24 June 2013

Who Says I Hate Monday?

Finally, its Monday. Huh .. lega. Punya la aku bosan 2 hari weekend duduk rumah bertemankan Ipad mini, Note & Internet sahaja. Hubby bz gler sepanjang 2 hari lepas. Full dengan job. Alhamdulillah rezeki tapi akibatnya bini nye melangut sorang2 la kat rumah tu.

Pastu mati2 aku ingatkan harini 25hb June ~ tarikh appointment fibroid aku. Nasib baik semalam sedar yang arini baru 24hb, n sgt bernasib baik sebab esok hubby blom ada apa2 booking job, so dia boleh temankan. Kalau la dia ada job & xboleh temankan sebab aku salah date confirm aku nangis guling2 meraung2. hahahaha .... Yelah, aku xnk kene sound dengan doc lagi bila pegi sorang2.As if hubby langsung xpeduli lak dengan aku & anak. Padahal keje laki aku tu memang camtu .. payahhhh. Ni pon, aku da 36mgu ... tapi Khamis smpai Sabtu ni dia outstation. Xkan aku nk ckp xboleh pegi ... rezeki tu. 3hr = RM1500.00 nett. Rugi nya kalau tolak. Lagipon aku masih boleh drive slow2 walau kadang2 rasa senak2 & xselesa bila baby ngamuk guling2 dalam perut ni.

Punya malas nk keje arini. Aku cuma exited nk g opis arini sebab aku da bosan gila duduk rumah teperap 2hr. Ha ha ha .... Skurang2 nya kalau kat opis ni bole aku aku keje sambil2 mentenet. Xlah semata2 mengharapkan mentenet sambil tebaring tuk hilangkan bosan.

Masih ada few things yang masih blom buat & da sangat2 patut aku setelkan sebelum baby menjengah dunia. Baby's bag da siap. Tp mummy's bag langsung tidak. Beg nya pon masih blom ada.
Antara brg yang masih belom beli :-

1. Stokin (da bebuih mulut reschedule ngn hubby minta bwkkan ke Camel One Utama tp msh lom dpt   
    pegi)
2. Minyak Yu Yee Cap Limau (Asal beli brg baby je mesti lupa natang ni)
3. Barut baby (ntah mana nk cari?)
4. Beg Mummy (ada ke hubby cakap sumbat masuk luggage je brg mummy & baby. Org nk msk spital la
    bukan nk balik kg!)

Lain2 rasanya semua da complete. Harap2 lepas cek up esok xpenat sgt & larat kuar cari semua brg2 ni.

Tuesday 18 June 2013

Breech at 35 Weeks

Tengahari semalam cek up baby untuk week 35. So, mcm biasa, half day keje 12.30pm cabut blk rumah, amek hubby then pegi makan n trus ke Klinik Kesihatan Sg. Buloh. Punya lah lama prosedur semalam. Pukul 1.30pm da amek nombor giliran, pastu cam biasa amek tekanan darah, timbang berat, amek darah, amek air kencing, pastu menunggu depan bilik doctor yang punyalaaaaaaaaa lama. Tunggu nk jumpa doc dr pukul 1.55pm smpai lah 4pm baru dipanggil masuk bilik doc.

The moment doc start scanning, perkataan pertama yg keluar dari mulut dia ialah "Opps ... " Dan aku terus tya "what is that opps suppose to mean?" Dia kemudian explain yang kepala baby masih songsang. kepala masih berada di atas betul2 bawah dada aku. Doc pesan jgn urut takut jadi apa2 komplikasi since i have fibroid. Doc pesan suruh banyak berckp dengan baby & pujuk dia suruh pusing. She gave me 2 weeks to do that, and kalau after 2 weeks baby masih breech, nampak gayanya memang kene schedule untuk czer lah.

Alahai ... remuk rasa hati semalam. Tapi bila cakap dengan hubby, dia macam ok jer klu kene czer. Dia asyik ckp pasal his officemate, Yanna & Nadya yang czer n dah kembali bekerja. Aku je yang rasa down sesangat sebab these past few months i've been thinking that i can deffinitely deliver vaginally & has set my mind into it n been reading a lot ... i mean really2 a lot about normal delivery. Tapi  tiba2 ... bangggg ... masih xpasti czer atau normal. Owh ... sgt2 mendukacitakan. 

So since ptg smlm smpai lah ke malam ... aku baca everything tentang breech baby. 


Pastu hubby and i keep talking to the baby asking him to turn. Hubby plak demam mlm tadi. Pukul 10 dia da ajak masuk tido. Masa hubby da dengkur pelan2 mata aku masih wide awake. Masih cakap dengan baby pelan2 minta dia tolong pusing. Baby macam faham .. n sepanjang malam aku dapat rasa dia begerak2 kiri kanan dalam perut. Dan aku memang xlena tidur sbb pergerakan2 tu. Ada masa menitis air mata bila fikirkan kesungguhan baby untuk tolong mummy. Dan dalam keheningan malam tu jugak ... aku rasa aku reda andai ditakdirkan aku bersalin secara czer. Masa tu aku rasa mcm nk ckp kat baby kuat2, xpayah lah pusing lagi syg klu xboleh ... mummy tau ruang da sempit. Klu baby xboleh pusing pon xper .. mummy da reda. Sepanjang mengandung selama lebih 34 minggu yang dah berlalu baby xbanyak susahkan mummy pon ... so kalau Allah nk duga mummy sikit camni pon xkn la mummy xboleh nk trima n reda kan.

Siang ni aku rasa lebih lega, lebih tenang. Betul lah ckp orang, the more we accept the situation, the more serene we are. C'mon baby, we'll be just fine. 
Tak sabar tunggu 25th June 2013 ~ next Tuesday untuk fibroid check-up. Apapun yg doc cakap at that time ... i'm ready. Bring it on. :-)

Thursday 13 June 2013

Power Bank Biru Ku

Finally, sampai jugak yg ditunggu. Myimart memang menepati janji delivery within 72 hours from your online purchase id comfirm. Lovin it. Hubby geram jer bila aku sent pic kat dia. He he .. sebab hari tu dia da beli 1 powerbank jugak, tapi cuma 7500mah dengan harga RM150 sekali dengan socket n few pins. Tapiii ... cuma boleh caj 1½x jer pastu kiok. Geram punye pasal aku order lah online ... sebab exited tengok ade warranty 1 tahun. Lagipun cuma RM105.00. Aku pikir, kalau diorg berani warrant tuk 1 tahun mesti produk tu ok kan? Harap2 xtertipu lagi lah. Kalau x mampus aku kene gelak ngn hubby jugak nanti. He .. He ...

Actual product yg sampai jap tadi. Box dia pon da comel giler. Bila bukak kotak ... betambah2 lah comel ~ Power bank 30,000mah.


Ni dua pic dari myimart yg wat aku droooling trus. Jatuh cinta dengan kaler biru yg sweet tu. 

Petang ni In Syaa Allah ade lagi 1 barang yang akan sampai. Exited bukan main dr semalam tunggu. Nt akan diupdate lagi. Tungguuuuuuu .....



Tuesday 11 June 2013

Implan / IUD / Jab


Harini dalam kebosanan sebab xbanyak kerja, aku search2 tentang perancangan keluarga ~ macamana nk jarakkan kehamilan lepas bersalin nanti. Come accross this article from  http://drlinaaestheticblog-timeless.blogspot.com/2012/02/perancangan-keluarga.html. Aku copy paste kat sini supaya senang aku rujuk di masa depan :-)
 
 
Perancangan Keluarga
Perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai. Perancangan keluarga perlu untuk menjarakkan anak, supaya ibu dapat pulih sepenuhnya.Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Sekiranya ujian air kencing menunjukkan hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.
Berikut, merupakan antara kaedah yang kerap digunakan.Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.
IMPLAN (IMPLANON)
Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.
Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.
Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.
Bagaimana implan dipasang?
Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan. Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Anda boleh membuka balutan selepas 24 jam. Kebiasaannya, implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.
Kesan sampingan implan
Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. Implan akanmempengaruhi kitaran haid; kitaran haid tidak menentu atau tiada haid.
Pengeluaran implan
Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.
Sekiranya anda ingin hamil semula, implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas satu bulan.
Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.
Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.
IUCD Multiload Cu250 atau Cu375
IUCD atau "intrauterine contraceptive device" ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.
Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid. Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.
Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala
Prosedur memasukkan IUCD
Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akanmengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akanmemotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.
Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal
Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)
Prosedur mengeluarkan IUCD
Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor. Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.
Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akandikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.
Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.
IUCD Mirena
IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.
PIL PERANCANG NORIDAY
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.
Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.
Cara pengambilan pil Noriday
Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.
Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang samasetiap hari. Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.
Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan cara alternatif selama 14 hari.
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.
Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.
SUNTIKAN DEPO
Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo. Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya. Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.
Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.
Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.
Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:
o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.
PIL PERANCANG KOMBINASI
Ini merupakan cara yang efektif dan 'reversible', boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Namun, pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.
Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.
Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin
Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:
1) merokok
2)penyakit kencing manis
3)penyakit darah tinggi
4)pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya
5)penyakit hati
6)migraine
7)pernah mengalami darah beku dalam salur darah
8)pernah mengalami kanser payudara
9)mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut
Sekiranya anda menggunakan pil perancang, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda. Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor. Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.
Cara-cara lain yang tidak kekal:
1)Kondom lelaki atau wanita
2)Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma
3)Vaginal ring mengandungi hormon
4)Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu
Cara-cara lain yang kekal:
1)"Bilateral tubal ligation" iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong
2)"Vasectomy" bagi kaum lelaki
*Perbezaan harga:
Kondom: Rm1-2 x 12 = Rm12-Rm24 sebulan
Pil perancang: Rm10-Rm60 sebulan bergantung pada jenis pil
Suntikan depo: Rm45 setiap 3 bulan iaitu Rm15 sebulan
IUCD Cu250: Rm130 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm3.60 sebulan
(IUCD Mirena lebih mahal)
Implanon: Rm535 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm14 sebulan
*Harga hanya anggaran sahaja, bergantung pada ketetapan klinik masing-masing.
Pilihan bergantung pada anda. Marilah kita sama-sama membendung pembuangan bayi yang tidak bersalah. Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab dan rancanglah keluarga anda mengikut kemampuan anda. Jadikanlah setiap anak itu anak yang diingini.