Wednesday 26 June 2013

Czer Juga Akhirnya

Semalam hari cek up fibroid aku di minggu ke-36. So pagi2 kejut hubby & gerak ke hospital Sg. Buloh.
Sampai hospital pukul 8.30am. Amek no dan terus pegi bfast kat kantin dlu sbb cam biasa ... ade lebih 80 org lagi yg menunggu sebelum no aku dipanggil. Makan cepat2 .. 20min da masuk blk ruang tunggu giliran, tapi hampeh masih kene tunggu jugak. Finally pukul 10.40am baru laaaaaaa no dipanggil. 2 jam lebih. Boleh? 

Masuk are O&G, cam biasa amek air kencing, timbang berat & cek tekanan darah. Nurse yg baik2 kat situ cakap arini doc ramai tapi patient xde sbb lambat sgt bhgian no giliran dipanggil. Memang pon ... xsampai 10 minit lepas nurse amek tekanan darah no aku trus dipanggil. Masuk bilik doc, this time jumpa Doc Ahmad. Hubby suka doc tu .. sbb dia slamber. He He ... bila scan, baby still breech. Kedudukan fibroid lak da beralih dr bhgian atas perut ke kanan n sedikit terkebelakang, which is very near to the main blood supply. So ...... czer lah jwb nya. The moment doc tinggalkan aku untuk lap2 perut tu dengan tisu, hubby lompat2 kat hujung kaki aku. Aku sengih tgk dia. Dia cakap suka2 sebab dpt tgk muka baby. Ha ha ha .... lakiku ... org risau pasal kene czer dia suka sgt smpai terlompat2. Ha ha ha ...

Masa kembali duduk kat meja doc, n bila dia explain keadaan fibroid yang truk & besar (12cm), n how my womb will be effected, mata da berair tapi aku bejaya tahan. So kesimpulannya, 6 bulan slepas czer baru lah boleh remove fibroid tu. Another major operation to go thru. Doc ckp mayb pakar dari Hosp Ampang yang akan kene buat sebab my fibroid bukan jenis biasa2 sbb kedudukan nya yg sgt bahaya. 
Takut? Hell yeah! Kuar je dari unit O&G, aku da nangis2. Hubby pujuk2 ckp dia janji akn temankan aku n melawat aku stiap kali time melawat. Sob Sob!

To be honest, aku xtakut sgt psl czer tu ... yg aku takutkan sgt ialah psl fibroid tu. And aku sgt takut memikirkan keadaan perut aku selepas czer tu nnti. Boleh susut n leper balik ke klu xboleh berbengkung cam org bersalin normal. Arghhh ... ngeriii! Xnak buncit. 

So, 10.07.2013 - admit ward 6B
11.07.2013 - Czer

Cantik gak tarikh lahir baby. Know y? Sebab ~ kami bertunang 7.11, kami nikah 7.1, baby akan lahir 11.7. Nice rite?

Semoga segalanya lancar & membahagiakan. Amin.

No comments:

Post a Comment