Tuesday 23 June 2015

Udang Masak Telur Masin

Aku memang dah tak tau apa nak dimasak last few days. Tanya kawan2 ... Raf & kak Anne  bagi berbelas menu. Yang aku rasa paling best dan teringin ialah udang telur masin. Sebab dah selalu dok dengar kawan2 dlm grup watsapp Teknik Ladies sebut menu ni tapi xpernah try buat. So godek2 lah pakcik google .. jumpa a few yg nampak menarik. Tapi aku lebih tertarik dengan ketam masak telur masin dalam blog Kathyjem. So simpan dalam otak ... bila free nak try. 

Sabtu lepas balik rumah mertua dengan Ikha dan Aisy je bertiga, sebab Mr. Nong ade job petang tu. Lagipun memang expected la mamat tu .. payah sangat nak curi masa hihi .. so better aku je balik lawat mertua. Kesian mak abah lama dah xtengok cucu. Masa kami balik ahad tghri .. abah siap cakap " ok baii ... lepas ni 3bulan lagi la baru jumpa" hik hik 

ok! Cerita nya ... masa on the way ke rumah abah aku ke Pulau Carey dulu .. beli sekor ikan merah segar (RM32.00) dan sekilo udang (RM36.00). Mahal gak la tp puashati .. walaupon bila dah siang jadi semangkuk je sederhana besar je. 

Jom jeling2 resepi Udang Telur Masin by Shira Abdul Majid 


 Bahan-Bahan:-
1. Sekilo udang saiz besar (kopek kulit buang kepala tinggal ekor je)
2. Telur masin - 6biji (direbus dan diambil kuningnye sahaja + 1 bhgian putih telur)
* jangan ambil byk putih telur nye nanti masin sangat *
3. Susu cair - dlm 3sudu besar
4. Tepung Jagung - utk salut udang & goreng
5. Bawang besar - sebiji (hiris-hiris)
6. Bawang Putih - 4ulas (tumbuk hancur)
7. Cili Padi - ikut suka tahap pedas korang (hiris bulat)
8. Butter - 2-3sudu besar
9. Daun Kari - lagi banyak lagi sedap baunya

Caranya:-
✔Gaul udang dgn serbuk lada hitam & sdikit gram. Then celup dlm tepung jagung dan terus goreng garing. Ketepikan.
✔ masukkan 2 sudu besar buttercup dalam kuali. Cairkan. Then tumis bawang putih yg ditumbuk, harisan cili padi dan hirisan bawang besar + daun kari
✔ masukkan susu cair dan masukkan telur rebus yg telah dilenyek (6 kuning tlur + sebiji shj putih tlur)
✔ masukkan udang dan gaul rata. Siap.

Haaaa .. menggiurkan tak? 


No comments:

Post a Comment